Sajak Orang Miskin

NAK TUNGGU 1 MALAYSIA KENA KE???

Nak tunggu sampai bila?
Nak tunggu 1 Malaysia kena penyakit ke?
Setakat ni dah 13 keluarga yang hiba,
Ada ahli keluarga pergi tanpa disangka,
H1N1 punya bahana,
Nak tunggu angka korban terus meningkat ke?
Kata rakyat didahulukan, untuk apa?
Untuk menempah maut yang tak disangka...

Lu orang menteri boleh ler tidur lena,
Pasal anak dan ahli keluarga lu orang tak kena,
Lu orang boleh ler, pasal doktor peribadi dah tentu ada,
Ubat pun sampai segera,
Pergi hospital pun kelas pertama,
Tak pun hospital swasta tunjuk kad sahaja,
Tak macam kami berbaris panjang sesak nafas ler juga,
Angkara selsema risau pun ada,
Mana tak risau kalau dah melibatkan nyawa...

Apa lu orang menteri fikir sebenarnya?
Dalam keadaan macam ni nak fikir kepentingan dan keuntungan jugak ke?
Atau nak tunggu bukak tender?
Atau nak tengok komisen dapat berapa?
Susah sangat ke nak bagi penutup mulut dan hidung secara percuma?
Fikirlah juga mereka yang miskin dan tak berupaya!

Lembab sangat pemantauan dan penguatkuasaannya,
Tunggu, lihat, kaji, dah perkara biasa!
Nak tunggu sampai bila???

NAK TUNGGU 1 MALAYSIA KENA KE???

APA ITU H1N1?

APA ITU H1N1?


Viral novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus 'Avian Flu' (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi@khinzir dan telah bergabung dengan 'Swine Flu' (yang sepatutnya hanya menjangkiti babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri didalam 'perumah' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkiti dari manusia kepada manusia.

JANGKA HAYAT VIRUS

Oleh kerana ia adalah virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah@host (badan manusia), ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan 'air ventilation' yg baik, akan 'bersih' dari virus tersebut.

SERANGAN PENGGANAS H1N1

APA YANG PERLU ANDA TAHU?


ASAL VIRUS INI :
Sebenarnya telah terdapat 'outbreak' di US sebelum terjadi 'outbreak' di Mexico tetapi tidak dilapurkan kpd WHO. Kemungkinan outbreak ini telah dikesan dan USA mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetuslah 'outbreak' di Mexico.

VIROLOGI VIRUS H1N1

'Incubation Period' yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1-4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

CARA SERANGAN

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'. Ia amat merbahaya kepada golongan yg berisiko tinggi

SIAPA YANG BERISIKO?

1. Orang yang bermasalah 'obesiti'@gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.
3 .Orang yang ada Astmatic. (Lelah)
4. Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV) Ext.
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas.


SIMPTOM-SIMPTOM

Hari 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya.
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
Hari 4 - Sakit dada yg teruk. Jumpa doktor dengan segera.
Hari 5 dan seterusnya - lung collapse@koma.


LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.

3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4. Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness@selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral@apa-apa ubat influenza. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistant kepada vaksin@ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin (penawar) hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, 'influenza test' hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 'batch sample'. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan 'seasonal 'influenza' kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi 'outbreak' ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T. agar bala ini cepat berlalu. Amin.

* Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pacific KLIA pada 01hb Ogos 2009.

* Vaksin (penawar) hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober (kenapa Oktober? Simpan dulu ke? Siapa yang 'simpan'? Makmal Biologi Tentera Amerika Syarikat & Israel kut?) - SS.