Takutkan Puaka... Berdosa ke??
1 day ago
Dengan kata-kata lain, Sultan sebenarnya tidak mempunyai kuasa penuh tetapi kuasa yang ada bersandar kepada nasihat Menteri Besar sahaja. Ini juga bermakna Sultan tidak sepatutnya mendengar nasihat orang-orang selain Menteri Besar dalam menjalankan kuasanya.
Inilah sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang baik dan prihatin. Namun kerajaan yang baik itu tidak ada di negara kita. Sebaliknya kerajaan inilah yang memulakan semua krisis ini dan kerajaan inilah yang menggunakan Sultan sebagai alat untuk mendapatkan kuasa secara haram dan tidak dibenarkan oleh Perlembagaan. Kerajaan ini jugalah yang menggunakan istilah derhaka kepada orang-orang yang menuntut hak yang diberi oleh Perlembagaan, malah ada menteri kerajaan yang menggugut menggunakan ISA terhadap mereka yang memperjuangkan Perlembagaan. APA JENIS KERAJAAN SEPERTI INI?
Krisis Perlembagaan ini mungkin akan berlarutan sehingga satu saat di mana Rakyat merasakan kehadiran Sultan sudah tidak diperlukan lagi. Sehingga kini seperti kata Prof. Aziz Bari, Sultan masih diberi hak dan kuasa penuh untuk menentukan pembubaran Dewan atau Parlimen tetapi sedikitpun tidak ada kuasa untuk memecat Menteri Besar yang telah dilantik secara sah dari mandat majoriti Rakyat.
Pada hari paling kritikal, 5 Feb, MB Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapannya, Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak menyebut nama MB Nizar walhal beliau masih seorang Menteri Besar. Esoknya, akhbar perdana turut "menggelapkan" kehadirannya di majlis berkenaan. Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Abdullah sedang rancak "mengatur nasib" MB Nizar di Istana Kinta. Anuar Zaini dikatakan dalang yang cuba merosakkan hubungan baik MB Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. MB Nizar sendiri pernah memaklumkan hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar Zaini.
Memang MB Nizar di pihak yang benar. Sultan Perak tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan DUN. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan MB Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang DUN memutuskan undi tidak percaya kepada MB Nizar. Langkah baginda melantik Menteri Besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan.
Pagi tadi ketika melalui Bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar, saya melihat satu kain rentang besar di Bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar. Kain rentang tersebut jelas kelihatan, kerana ia satu-satunya yang terpasang di situ. Mengikut Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), kain rentang tidak dibenarkan di pasang di bulatan tersebut kerana ia menghalang penglihatan pengguna jalan raya. Dulu pernah ada pihak yang meletakkan kain rentang di situ, tapi akhirnya diturunkan oleh MBAS. Sebab itu tiada pihak yang meletakkan kain rentang di kawasan yang tidak dibenarkan tersebut. Jelas, pihak yang meletakkan kain rentang itu pagi tadi seperti sengaja ingin mencabar undang-undang negara.Dan kisah penghinaan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu itu timbul lagi selepas PRU ke-12 tahun lepas di Terengganu dan Perlis. Kisah penghinaan UMNO terhadap Raja-Raja di Terengganu dan Perlis itu tidak perlu diceritakan lagi kerana semua orang sudah tahu dan ia masih segar dalam ingatan kebanyakan orang. Barangkali hanya segelintir pemimpin dan penyokong UMNO yang buat-buat terlupa sejarah sahaja yang tidak ingat cerita penghinaan parti itu terhadap Raja-Raja.
Sekarang dah EXPIRED! Generasi muda celik IT dah tak terima politik perkauman.
Aku rasa orang tua ini bengang kat DSAI sebab Pakatan Rakyat memutuskan untuk menyaman Kerajaan Haram BN dan MBH di Perak bukannya nak menyaman Sultan Perak.
Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.
Keluarga Arumugam juga pernah diancam. Batu-bata pernah memecahkan cermin kereta rasmi Proton Perdana beliau.
Baju hitam ini tanda berkabung kerana hak rakyat dan demokrasi telah dibunuh di Perak.Inilah bezanya kerajaan Kuasa Rakyat dari kerajaan Kuasa Lama. Kuasa Lama mementingkan dan memelihara para cukung dan kroni untuk mengumpul harta. Kerajaan Kuasa Rakyat untuk kesejahteraan ramai.Langkah adil kerajaan Kuasa Rakyat ini tidak disenangi oleh Kuasa Lama. Mereka merasakan jika ini berterusan maka kuasa mereka bukan hanya akan lupus di Perak malah di seluruh Malaysia. Ini kerana masih banyak Pak Cik dan Mak Cik peneroka Felda yang telah berpuluh-puluh tahun menunggu tetapi geran tanah mereka masih belum di dalam tangan.
Prasangka dan sikap perkauman ini wujud. Bukan sahaja di Perak malah dimana sahaja dalam dunia ini. Ianya wujud kerana kita memiliki nilai prasangka. Nilai prasangka wujud kerena kita ‘dididik’ untuk memiliki ‘sikap benci’ terhadap orang lain. Sikap benci ini wujud kerana kita tidak pernah mengenal ‘orang lain‘ itu.Selama 50 tahun ini Kuasa Lama telah melahirkan tembok dan pagar agar kita tidak dapat berkenalan rapat antara satu dengan yang lain. Lembaga-lembaga didirikan bukan untuk merapatkan kita tetapi untuk menjauhkan kita sesama kita. Justeru sikap prasangka semakin menebal. Ini ditambah pula dengan cerita-cerita ‘bencikan Cina’ yang menjadi peluru berpandu Kuasa Lama untuk menewaskan Kuasa Rakyat.
Kuasa Lama tidak sedar Kuasa Rakyat bukan ‘hamba Cina atau hamba Melayu’. Kuasa Rakyat ialah 'hamba rakyat'. Kuasa Rakyat ialah hamba keadilan dan ketelusan.Ketika artikel ini ditulis Kerajaan Kuasa Rakyat di Perak sedang diasak. Tumbukan datang bertubi-tubi. Ini samalah seperti tumbukan yang diterima oleh Joe Bugner di Stadium Merdeka 30 tahun dahulu.
Rakyat masih lagi berdiri dalam gelanggang. Tidak ada satu kuasa – tidak juga tumbukan Muhammad Ali Clay – yang akan dapat menumbangkan Kuasa Rakyat. Rakyat Perak dan Rakyat Malaysia telah bangun berdiri tegak dalam dalam gelanggang untuk menggunakan kuasa menentukan masa depan anak-bini mereka.Untuk sementara waktu, loceng mungkin berbunyi. Dolar dan ringgit bertukar tangan. Emas dan Perak bertukar tangan. Hakim mungkin berat sebelah tetapi Rakyat Perak tetap dalam gelanggang. Merekalah yang akhirnya akan menentukan Kuasa Rakyat. (TT)
Kg. Tersusun pun majoriti milik Melayu, jadi kes 999 tahun itu lebih untung kepada orang Melayu.
Siapa yang cerdik? DAP atau PAS (MB Nizar)?
Artikel ini saya post pada bulan November tahun lepas. Juga, di bawah ada penerangan lain dari seorang weblogger di Laman Tranung Kite. Fitnah UMNO di Perak Yang Bahaya : Pemberian Hak Milik Kekal Kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun.
Tidak ada penguasaan DAP ke atas kerajaan Perak. Tidak ada penguasaan orang Cina ke atas kerajaan Perak. Tidak ada pengurangan kekuasaan orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak. Segalanya hanyalah fitnah dari UMNO.
Memainkan isu perkauman ini menunjukkan UMNO adalah desperado (terdesak). Al-maklumlah, sumber kewangan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian selama ini datang dari kerajaan negeri. Sekarang ini sumber ini telah kering seperti gurun Sahara di musim panas. Cawangan-cawangan UMNO semacam tak bermaya, nak buat program pun tiada duit.
"Sekiranya ada orang UMNO berkata Tuhan itu Satu, jangan percaya. Bukan kerana kenyataan itu tidak benar tetapi kerana yang bercakap itu adalah orang UMNO..."
BN TAKUT nak buat undi tidak percaya terhadap MB Nizar di Dewan Undangan Negeri sebab BN tahu, Speaker ada KUASA MUTLAK untuk tolak usul undi tidak percaya itu, sama seperti Pandikar Amin tolak usul undi tidak percaya DSAI kepada Pak Lah.Sebab itu, rakyat Perak (Non-BN) tidak perlu risau dengan MBH yang ditabalkan di bawah pokok ketapang ini. MBH TIADA KUASA DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.
Derhaka menentang kezaliman...Mohon TERUSKAN!
Teruskan Perjuangan...Suara Rakyat Suara Keramat!
Jebat-Jebat sedang menunggu di Perak...
20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British.
Di atas robohan Kota Melaka,- Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.