The Manchurian Candidates

  • Operation Paperclip / MK-ULTRA / CIA Mind Control
Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Pertahanan Amerika secara rahsia mengimport ramai saintis dan perisik elit Nazi Jerman dan Fasis Itali ke dalam Amerika Syarikat melalui Amerika Selatan dan Vatican. Nama kod bagi operasi ini adalah PROJECT PAPERCLIP (atau dikenali juga sebagai Operasi Paperclip). Salah seorang yang terkemuka yang diseludup masuk ke Amerika ialah General Reinhard Gehlen, seorang NAZI elit Jerman, orang kanan Adolf Hitler. Dia ialah ketua perisikan Hitler ke atas Russia. Menjelang ketibaannya di Washington pada tahun 1945, Gehlen telah bertemu dengan Presiden Truman, Jeneral William "Wild Bill" Donovan, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) dan Allen Dulles, iaitu yang kemudiannya menjadi Pengarah CIA. Objektif sessi "cambah-minda" mereka adalah untuk mengorganisasi operasi perisikan Amerika, memindahkannya kepada sebuah organisasi sulit efisien-tahap tinggi. Kemuncak penglibatan mereka menghasilkan Central Intelligence Group pada tahun 1946. Organisasi ini dinamakan semula dengan nama baru, Central Intelligence Agency (CIA) pada tahun 1947.
Reinhard Gehlen, orang yang bertanggungjawab membawa masuk ramai SS (Schutzstaffel) & Gestapo NAZI ke dalam organisasinya, Gehlen Org., juga mempunyai pengaruh amat besar dalam membantu menubuhkan National Security Council, dari apa yang diambil dari National Security Act pada tahun 1947. Serpihan perundangan tertentu diperalatkan untuk melindungi aktiviti haram pihak kerajaan Amerika yang amat banyak sekali, termasuk program sulit kawalan minda (Mind Control) : (Mind Kontrolle) - Project Monarch - MK-ULTRA.



DR. EWEN CAMERON

Dr. Cameron memulakan kerjayanya dalam bidang psikologi sebagai seorang pembantu di Pejabat Perkhidmatan Khas (Office of Special Services - OSS), menyoal siasat para banduan Perang Dunia Kedua. Antara beberapa pesakit terkemukanya ialah Rudolf Hess, yang telah memandu pesawat udara Jerman untuk memasuki ruang udara Britain bagi tujuan menghasilkan perdamaian di antara Jerman dan Pasukan Bersekutu. Hess telah ditawan, dipenjarakan dan kemudiannya disoal-siasat oleh beberapa pakar psikologi, termasuklah Dr. Cameron. Kebanyakan kajian Dr. Cameron tertumpu kepada teknik yang mampu mengubah dan mengawal polar perilaku manusia. Kajian beliau itu telah juga dihasilkan daripada beberapa kajian penyelidikan yang terlaksana ke atas banduan di pusat tahanan perang Nazi Jerman yang dibawa ke Amerika Syarikat setelah tamatnya Perang Dunia Kedua itu. Kerja-kerja itu telah dilaksanakan oleh OSS di bawah satu operasi yang diberi nama 'Operation Paper Clip'.

Dalam tahun 1950-an kejayaan Dr. Cameron telah meloncatkan namanya untuk dilantik sebagai Ketua American Psychological Association (APA), Canadian Psychological Association (CPA) dan The World Psychological Association (WPA). Pada masa itu, OSS sudah bertukar nama atas arahan President Harry Truman dan dikenal pula dengan nama Central Intelligence Agency (CIA). Sememangnya pada 1947 Dr. Cameron telah diberikan kontrak oleh CIA untuk terus melakukan kajian dalam manipulasi perangai/kelakuan di bawah satu nama projek bertajuk 'Bluebird' dan 'Artichoke'. Projek ini akhirnya dikenali dengan nama MK-ULTRA pada tahun 1953.

MK-Ultra mempunyai beberapa program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologi dan perfileman. Adalah bukannya satu kebetulan bahawa filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah diolah begitu rupa untuk menakutkan penonton akan bahaya serangan Komunis, dan pemutaran fikiran makhluk asing (dunia luar). Dunia perfileman Hollywood menjadi satu alat berkesan bagi MK-ULTRA.

Dalam dunia psikiatri, Dr. Cameron adalah seorang insan yang keras hati, ganas dan amat taksub dengan keinginan untuk mengetahui bagaimana mengawal perilaku manusia dan mahu mengawasinya. Eksperimennya yang paling berkesan ialah penggunaan dadah, penyeragaman pancaindera, pembebanan pancaindera, dan juga penyelidikan psikologi di mana suaranya yang direkodkan dalam sessi yang lalu itu dimainkan semula secara berulang-ulang kepada para pesakitnya. Dr. Cameron pernah juga melakukan operasi mengganggu-daya-fikir dan kajian dalam bidang electro-convulsive shock treatments (kejutan letrik yang menyebabkan mangsa bertukar perangai)

Mengikut piagam CIA, kerja yang dihasilkan oleh Dr. Cameron terutama sekali dalam penyediaan calon "The Manchurian Candidates" telah menyalahi peraturan yang menyekat operasi tempatan CIA dalam wilayah Amerika Syarikat. Dengan bantuan pihak kerajaan Kanada dan pengarah CIA Allen Dulles yang pernah menjadi teman kerja Cameron di OSS dulu, Dr. Cameron telah mengalihkan pusat kajiannya ke Allen Memorial Psychiatric Institute di Montreal, Kanada pada 1957 dan menetap di sana sehingga 1963.

Sebagai catatan, Allen Dulles telah menjadi Pengarah CIA sehingga berlakunya fiasko di Bay of Pigs (Kepulauan Cuba). Ketika itu beliau dan juga General Charles Cabell, adik kepada Earl Cabell, Datuk Bandar Dallas ketika itu telah dipecat oleh Presiden John F. Kennedy pada 1961. Selepas berlakunya tragedi pembunuhan John F. Kennedy pada November 22, 1963 di Dallas, Dulles telah dilantik oleh Suruhanjaya Warren (sempena nama ketua Hakim Earl Warren) untuk membantu penyiasatan dalam pembunuhan itu dan menyelidik latar belakang tertuduh yang bernama Lee Harvey Oswald. Allen Institute itu akhirnya menjadi satu institusi tekenal kerana tindakan merobek otak para mangsanya seperti yang dikendalikan oleh Dr. Cameron. Ramai pesakit yang telah dikenakan pelbagai jenis deraan yang berlebihan sehingga membabitkan penggunaan dadah yang membuat mangsa menjadi koma untuk berbulan lamanya. Penderaan otak, penggunaan pancaran cahaya lampu yang berkuasa tinggi, alat bunyi penderaan daya pendengaran, tayangan gambaran yang bergerak dan deraan dengan menggunakan tekanan kejutan letrik yang berlebihan telah membunuh banyak mangsanya. Kedai sembelihan Dr. Cameron itu telah juga menggunakan pelbagai kaedah dadah yang menghayalkan, terutama sekali dadah jenis LSD.

Dr. Cameron telah bersara dari tugasnya dan meninggalkan Montreal, Kanada untuk melakukan kerja persendirian di Amerika Syarikat dan beliau telah menghilangkan diri daripada pengetahuan umum. Tetapi hasil kerja beliau berterusan sehinggalah MK-ULTRA ditutup secara rasminya oleh Pengarah CIA, Richard Helms pada tahun 1973.

Helms telah mengusahakan agar beberapa dokumen MK-ULTRA dimusnahkan. Helms juga bertanggungajawab memberikan maklumat yang diperlukan kepada E. Howard Hunt untuk menceroboh masuk Hotel Watergate pada tahun 1972. Tujuannya ialah untuk membantu Presiden Richard Nixon memusnahkan keperibadian (character) Daniel Ellsberg. Ellsberg merupakan seorang pegawai di Pentagon yang telah membocorkan rahsia penglibatan Nixon merangsang peperangan Vietnam. Kesan skandal Watergate itu akhirnya memakan diri Nixon dan memaksanya meletakkan jawatan pada 1974. Dunia operasi risikan menjadi kelam apabila nama berubah untuk melindungi kerahsiaan sesuatu. MK-ULTRA betukar nama kepada MK-SEARCH dan terus menyambung operasinya dalam tahun 1984.

Di akhir 70-an, ketika MK-SEARCH (dulunya MK-ULTRA) bergerak di bahagian hadapan operasi risikan, seorang pemandu trak yang tidak dikenali di California yang bernama James Cameron (Pengarah filem Titanic, Terminator, True Lies DSB) telah mengambil tindakan untuk berhenti kerja dan menceburi bidang pembikinan filem. Mengikut catatan sejarah yang rasmi, James Cameron telah berpindah ke Brea, California pada 1971. Dia telah menghabiskan kajian sekolah menengah dan mampu menghabiskan hanya lima semester di Fulerton College di Orange County. Setelah gagal di maktab itu, beliau telah berjaya meyakinkan satu konsortium doktor gigi daripada Tustin, California yang sedang mencari perlindungan percukaian untuk membiayai pembikinan satu filem 35mm yang diberinya jodol 'Xenogenesis'. Perkataan "konsortium" itu memang menarik sekali. Dalam kamus, perkataan itu memberi erti 'satu hubungan niaga bertaraf antarabangsa'. Oleh kerana doktor gigi itu datang daripada kawasan tempatan kenapakah mereka diberikan gambaran seperti yang digunakan dalam syarikat itu? Kalau perkataan 'niaga' itu disisihkan bererti persyarikatan itu sudah merangkumi satu organisasi bertaraf dunia. Penggunaan perkataan "Xenogenesis" sebagai jodol filem pertama Cameron itu adalah menarik juga kerana ia membawa makna "Kelahiran Makhluk Asing". Yang sebenarnya para doktor gigi itu adalah para doktor sakit jiwa dan mereka yang terlibat dalam operasi CIA di bawah program MK-ULTRA bersama Dr. Donald Ewen Cameron. James Cameron dan para doktor sakit jiwa itu memang kenal lama. Persaudaraan rahsia yang membiayai pembikinan filem pertama Cameron itu akan terus membantu kerjayanya. Dia telah menceburi organisasi itu ketika berusia 21 tahun, beberapa tahun yang lampau. Majoriti insan yang menjadi masyarakat risikan termasuk Dr. Cameron sendiri adalah ahli satu organisasi yang sama yang lebih mudah dikenali dengan nama FREEMASON.

Freemason adalah satu organisasi persaudaran bertaraf global yang telah wujud untuk membantu sesiapa sahaja yang memilih menjadi anggota persatuan itu. Mengikut sumber yang dipercayai, pertubuhan Freemason ataupun Freemasonry telah dicipta pada tahun 1700-an di Eropah. Tetapi kalau kita menyelongkar lebih mendalam lagi akan asal usul sebenarnya kita akan sampai kepada satu kisah kewujudan satu tamadun yang lebih maju daripada tamadun sekarang. Tamadun itu diberi nama 'ATLANTIS'. Kebanyakan teknologi tinggi, pemikiran jauh dan pencernaan cetusan daya fikir berfalsafah telah diserahkan secara rahsia kepada beberapa generasi yang berlapis secara rahsia sebelum berlakunya satu 'Banjir Besar' yang menghancurkan Atlantis. Adalah bukan sesuatu yang kebetulan tentang betapa kewujudan abad ke 20 ini melahirkan beberapa kejayaan teknologi dalam sejarah tamadun manusia. Abad ini telah menyerlahkan kejayaan manusia mengawal minda seperti yang telah dilaksanakan oleh CIA melalui eksperimen Dr. Cameron dan teknologi MK-ULTRA. Itulah sebabnya pihak konsortium telah memujuk Dr. Cameron untuk peluang menggunakan balik gambaran bawah sedar dan manipulasi emosi ke atas jumlah manusia yang banyak dan menyediakan mereka bagi tujuan kejuruteraan masa depan.

NAMA-NAMA TERKEMUKA

Satu daripada kes pertama ejen sulit Monarch adalah seorang model seksi 1940an, Candy Jones. Buku "The Control of Candy Jones", (Playboy Press) telah menceritakan pembabitannya yang menggemparkan sebagai ejen CIA. Dia yang nama sebenarnya Jessica Wilcox, rupanya telah memenuhi profail fisiologi sebagai salah seorang mangsa ujikaji terawal atau 'human guinea pigs' di bawah projek saintifik kerajaan Amerika, MK-ULTRA.

Kes yang paling didedahkan kepada umum berkenaan MONARCH dapat dibaca melalui buku "Trance Formation of America : The True Life Story of a CIA Slave" oleh Cathy O'Brien. Pada bahagian belakang buku tersebut ada menyatakan:

"Cathy O'Brien adalah satu-satunya yang terselamat (survivor) di mana berani mendedahkan operasi kawalan minda MK-ULTRA : Projek MONARCH Central Intelligence Agency".

Autobiografi ini mengandungi kenyataan yang terpaksa didedahkan oleh O'Brien setelah bertahun-tahun menjadi mangsa pencabulan yang kejam dan akhirnya terjerumus ke dalam perangkap yang lebih gelap dan sadis; kemudiannya diperkenalkan kepada program Pengaturcaraan Projek MONARCH oleh ayahnya yang telah merosakkan kehormatannya sebelum itu. Dibantu penulis bersama, Mark Phillips, insan yang telah menyelamatkannya serta memulihkannya, Cathy telah membuat penjelasan meliputi jenayah konspirasi terancang yang sukar untuk dipercayai, pelacuran paksaan (white slavery) dengan penglibatan pihak atasan politik, tugasan sulit sebagai penyeludup dadah dan hubungan industri muzik Country-Barat dengan aktiviti haram CIA.

Paul Bonacci, salah seorang yang terselamat yang berani, telah memikul kesan buruk di bawah Projek Monarch, mempunyai kesaksian yang kuat mengenai jenayah dan rasuah dalam skala besar dari peringkat daerah, negeri hinggalah di dalam White House sendiri. Dia telah menyaksikan tentang budak-budak lelaki yang mengalami pencabulan seks, dipilih dari Boy's Town di Nebraska dan diletakkan berdekatan Offut AFB, dimana mereka dikatakan menjadi subjek PENGATURCARAAN MONARCH yang mendalam, dibawah pengawasan Commander Bill Plemmons dan bekas Lt. Col. Micheal Aquino (pengasas Temple of Set - SATAN). Selepas mendera kanak-kanak itu sehingga hilang kesedaran (moral dan nilai-nilai murni), mereka telah digunakan (bersama-sama kanak-kanak perempuan) untuk tujuan pornografi dan pelacuran dengan beberapa 'broker' kuasa ekonomi dan politik. Bonacci sendiri telah dipindahkan dari pangkalan Tentera Udara melalui pesawat kargo ke McClelland AFB di California. Bersama-sama individu-individu lain yang terdiri dari remaja yang masih muda dan mentah, dia telah diarahkan ke khidmat elit, Bohemian Groove (kelab sosial kaum elit). Para pelaku kejahatan ini mengambil keuntungan penuh ke atas para mangsa yang tidak bersalah ini, melakukan pencabulan dan penganiayaan yang sukar untuk difikirkan, untuk memenuhi nafsu binatang kaum elit ini. Sesetengah mangsa telah dibunuh, yang lainnya mengalami trauma yang teruk dan mengerikan serta kanak-kanak yang rosak.

Seorang aktres berbakat (telah meninggal dunia), seorang evangelist yang rosak akhlaknya, seorang bekas pegawai Green Beret dan seorang penyanyi popular muzik Country adalah sebahagian mangsa yang terjerumus dalam dunia mengerikan dan gila ini (MONARCH). Lee Harvey Oswald, Sirhan-Sirhan, Charlie Manson, John Hinckley Jr., Mark Chapman, David Koresh, Tim McVeigh dan John Salvi adalah sebahagian nama-nama terkenal, dikenalpasti menjadi buah catur dalam permainan kejam dan sadis MK-ULTRA. - END

Sejarah Peta Ajaib

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Constantinople, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum ditemui hingga tahun 1818!

Mereka mengkaji lagi. Mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang! Sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat dari kulit rusa.

Peta aneh tersebut ditunjukkan kepada Arlington T. Mallerey, seorang pakar peta kuno. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau akhirnya merasa bingung dengan peta aneh tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana data geografi pada peta tersebut tidak berada dalam posisi yang tepat.

Orang-orang disekelilingnya mula 'lega' kerana akhirnya peta tersebut mempunyai kelemahannya. Sudah pasti ada kelemahan kerana peta itu dibuat oleh pelaut-pelaut kuno yang dikatakan hanya mengenal kompas dan bintang-bintang! Jadi apa nak dihairankan, walaupun mereka sedar persoalan bagaimana peta tersebut boleh memaparkan Antartika masih menjadi misteri. Tetapi Mallerey masih sangsi dengan peta itu. Beliau merasakan ada yang tidak kena dengan peta itu. Seakan-akan ada sesuatu yang lebih luar biasa yang ingin ditunjukkan oleh helaian kulit rusa yang berbau hamis itu.

Akhirnya dengan bantuan US Navy Hydrographic Bureau, Mallerey membuat sebuah grid dan memindahkan peta itu ke dalam sebuah glob. Betapa terkejutnya Mallerey karena peta tersebut ternyata sangat tepat!

Kajian demi kajian terus dilakukan ke atas peta yang menghairankan ramai cendekiawan itu.

Kajian lanjutan dilakukan oleh Professor Charles H. Hapgood dan Richard W. Strachan. Mereka telah mengkaji peta ini berkali-kali dan akhirnya menjumpai satu aspek yang tidak diketahui para pengkaji sebelum mereka. Suatu perkara yang benar-benar mustahil dan luar biasa. Mereka menemukan bahwa peta kuno itu kemungkinan merupakan gambar aerial yang difotokan dari suatu ketinggian tertentu. Sungai, lembah, pegunungan, pulau dan padang pasir, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi. Dan tahap fotografi yang tinggi ini hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit!!

Siapakah yang membuat peta yang menakjubkan itu? Bagaimana beliau dapat membuat peta yang begitu tepat dan canggih, yang pada masa kini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satelit? Adakah beliau berasal dari puak Viking, yang terkenal sebagai pelaut yang handal? Atau setidak-tidaknya penjelajah Sepanyol atau Portugis yang mendabik dada kononnya merekalah orang pertama yang mengelilingi dunia? (walaupun sebenarnya Ferdinand Magellan tidak pernah menghabiskan pelayarannya kerana terbunuh di Filipina, tetapi dihabiskan oleh Henry The Black atau Enrique dalam dialek Sepanyol yang nama sebenarnya Hitam berasal dari kepulauan Melayu dan sememangnya orang Melayu!)

Tidak, si pembuat peta ini bukanlah dari kalangan orang Eropah yang kononnya amat pandai dari semua bidang.
  • Peta itu adalah karya HADJI MUHIDDIN PIRI IBN HADJI MEHMED (Piri Reis). Beliau ialah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer Muslim terkemuka dari abad ke-16.
RIWAYAT HIDUP PIRI REIS

Piri Reis lahir pada 1465, di Gallipoli, Turki, yang merupakan wilayah pantai. Ayahnya bernama Hadji Mehmed, sedangkan bapa saudaranya merupakan seorang laksamana terkenal ketika itu, Kemal Reis.

Seperti anak-anak yang pada umumnya yang dipengaruhi suasana sekelilingnya, sejak kecil lagi beliau bergelut dengan pantai dan kebiasaan untuk berlayar. Tidak menghairankan ketika umurnya baru 12 tahun, beliau telah bergabung bersama bapa saudaranya, Kemal Reis.

Meskipun masih remaja, rupanya beliau sarat dengan pengetahuan. Beliau tidak merasa kekok berlayar bersama bapa saudaranya. Dan masa itu menjadi awal kepada kerjayanya mengharungi lautan dan samudera bersama Kemal Reis. Selama 14 tahun Kemal Reis memberi bimbingan kepada anak saudaranya itu.

Sepak terajang Kemal Reis di laut lepas, membuatkan Kesultanan Uthmaniyyah memberinya kedudukan terhormat di Angkatan Laut Diraja pada tahun 1494. Tambahan pula tenaganya membuatkan angkatan laut Kesultanan Uthmaniyyah semakin kuat. Mereka terkenal, dengan perjuangan tanpa akhir bagi tegaknya Islam.

Bergabungnya, Kemal Reis di angkatan laut kesultanan, membuat Piri pun akhirnya bergabung pula beberapa saat kemudian. Ia tetap berada di bawah arahan bapa saudaranya, walaupun beliau telah mula dipercayai untuk memimpin pasukan kecil.

Setiap selang waktu, Piri seringkali pulang ke kampung halamannya. Di sana beliau tidak tinggal diam, namun mencatatkan setiap apa yang dilihatnya dari perjalanannya selama ini ke dalam sebuah karya; peta. Terbukti, pada 1513 ia mampu menghasilkan sebuah peta dunia. Dalam karyanya itu, ia memetakan Laut Atlantik serta pantai-pantai di Eropah, karyanya diberi tajuk I-Bahriye.

Pada 1516-1517 Piri Reis mendapat mandat untuk memimpin pasukan Uthmaniyyah melawan Mesir. Dalam kesempatan ini Piri berlayar ke Kaherah melalui Nil dan kemudian menggambarkan sebuah peta dan memberikan maklumat yang terperinci tentang wilayah tersebut.

Setelah Mesir bergabung dengan kesultanan Uthmaniyyah, Piri memiliki kesempatan melakukan hubungan peribadi dengan pemegang tampuk kekuasaan di sana, Yavuz Selim. Beliau memperlihatkan peta hasil buatannya kepada sang sultan. Hasil karyanya itu juga ditambahkan ke dalam Bahriye.

Pertempuran dahsyat Piri alami juga bersama bapa saudaranya ketika melawan pasukan dari Venesia pada 1520. Dan pasukan Uthmaniyyah saat itu mampu memukul mundur pasukan musuh. Hal ini merupakan kemenangan yang besar bagi Uthmaniyyah.

Kegembiraan yang beliau rasakan beberapa saat kemudian berubah menjadi duka. Bapa saudaranya yang dikasihi, Kemal Reis, gugur akhirnya. Untuk menggantikan posisi Kemal Reis, pihak pemerintah kemudian melantik Piri Reis menjadi laksamana Kesultanan Uthmaniyyah.

Meskipun Piri telah menjadi laksamana yang begitu padat kegiatannya, beliau tetap meluangkan masanya untuk menuliskan catatan perjalanannya selama ini. Pada 1528 sampai 1529, Piri melengkapi peta pertamanya yang tercantum dalam I-Bahriye.

Kali ini, beliau berhasil memetakan wilayah Barat Daya Atlantik, sebuah wilayah yang disebut dunia baru yang terletak dari Venezuela hingga bahagian selatan Greenland. Jadi tidak hanya kemenangan di laut yang beliau rasakan.

Dengan kenyataan ini, Piri Reis juga telah memberikan sumbangan bagi ilmu pengetahuan, terutama Geografi dan Nautika atau Ilmu Pelayaran. Ilmu yang mereka kembangkan tidak hanya berguna bagi kalangan Islam, namun kepada seluruh dunia.

Sang waktu terus menghambat. Piri Reis, sang laksamana, telah memberikan sumbangan bagi kebesaran Kesultanan Uthmaniyyah, juga keharuman Islam. Ia telah melakarkan prestasi besar dengan karyanya I-Bahriye yang menjadi panduan bagi orang-orang setelahnya, dalam berlayar. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 1554.

Semua karyanya akhirnya dijumpai oleh dunia moden. Itulah yang diceritakan pada awal artikel ini. Ketepatannya dan bagaimana ia difoto dari pandangan atas amat menghairankan ramai orang. Sehingga ada pendapat yang mengatakan ia menggunakan teknologi makhluk asing! Ada juga pendapat yang mengatakan ia adalah peta yang dibuat oleh bangsa-bangsa yang hilang seperti Atlantis ataupun Lemuria. Bangsa-bangsa ini dikatakan mempunyai tamadun dan teknologi yang tinggi.

Bagaimana Piri Reis membuat peta yang begitu tepat? Mujurlah Piri Reis bukanlah seorang yang kedekut ilmu, tidak seperti sesetengah puak seperti Illuminati yang baru dapat secubit ilmu sudah berlagak sombong dan mengaku Tuhan. Piri menyatakan bahawa peta itu dibuat berdasarkan 34 sumber yang berbeza-beza. Ada 20 peta dari zaman Alexander The Great, 8 peta karya ahli geografi Muslim, 4 peta Portugis, dan 1 peta hasil karya Columbus.

Kemudian peta itu disaring, dikaji ketepatannya dan diubahsuai mengikut kepakaran kartografi Piri yang sememangnya banyak pengalaman dan akhirnya kesemua peta tadi diringkas menjadi satu peta dunia. Ini sesuai pengakuan Piri Reis, ''Di dalam abad ini (pada masa Piri hidup), tidak ada peta seperti peta ini sebelumnya, '' kata Piri Reis lagi, ''Dibuat dengan cara menggabungkan keseluruhan peta menjadi satu skala peta ... maka hadirlah peta yang benar dan yang dapat dipercayai ...''

Walaupun begitu, bagaimana Piri membuat pengubahsuaian sehingga menghasilkan peta yang begitu tepat dan benar melampaui kronologi sejarah amat mengkagumkan? Malah sangat tepat jika ditinjau dari segi kronologi geografi.

Contohnya, Greenland digambarkan sebagai dua pulau yang berbeza. Kejanggalan ini akhirnya pupus setelah ada penyelidikan yang dilakukan ekspedisi kutub yang dilakukan ilmuwan Perancis. Mereka menyatakan bahwa ketika itu terjadi gempa yang membuat lapisan ais merekah dan menghasilkan ruang pemisah.

Pada Januari 1966, di majalah Fate, Profesor Charles H. Hapgood menjelaskan penemuan yang mengagumkan tersebut. Ini merupakan hal yang luar biasa, Piri dapat memetakan tempat di mana seorang pun tidak dapat menemukan Antartika hingga 1818.

Menariknya, Hapgood benar-benar tercengang, betapa lengkapnya peta tersebut dan langsung mengubah anggapannya selama ini bahawa orang-orang Islam tidak memiliki ilmu kartografi yang baik!. Ilmuwan Jerman, P Kahle, melakukan analisis dan mengiktiraf bahwa Piri merupakan seorang ahli kartografi yang handal dan terhebat sepanjang zaman.

Jadi bagaimana dengan kita sebagai umat Islam? Adakah kita masih memikirkan bahawa Islamlah pembawa kemunduran, kolot dan ketinggalan zaman? (atau agama keganasan? - ini adalah pandangan paling primitif pada masa kini). Kita diajar di sekolah tentang sumbangan tokoh-tokoh Barat kepada kemajuan dunia, sehingga tergenggam ijazah di tangan pun masih manis mulut memuji-muji kecerdikan tokoh-tokoh Barat.

Tahukah anda para sarjana Barat benar-benar mengagumi para ilmuwan Islam dahulukala? Tahukah anda bahawa untuk membina super-komputer Blue Gene/L (ini adalah super-komputer yang terpantas di dunia, selaju 136.8 teraflop persaat - trillion pengiraan titik perpuluhan persaat) nenek - moyang para jurutera IBM yang hidup pada zaman kegelapan Eropah (Dark Ages) terpaksa melutut meminta secebis ilmu daripada pensyarah-pensyarah mereka yang beragama Islam di universiti-universiti seluruh empayar Islam. Para cendekiawan Barat hari ini telah menulis banyak buku yang merakam sumbangan dunia Islam kepada dunia. Tetapi buku-buku seperti ini cuba digam, diharamkan atau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Ini yang berlaku kepada Pengurus Besar Syarikat Hewlett Packard, Minnesota di Amerika Syarikat iaitu Carly Florina, di dalam ucaptamanya ketika pelancaran produk syarikat komputernya, pada 26 September 2001, merakamkan pandangan ikhlas seperti berikut:

"At this civilisation was driven more than anything by invention. Its architect designed buildings that defied gravity. Its matematicians created the algebra and logarithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for the travel and exploration.

While other nation were afraid of ideas, this civilisation thrived on them and kept them alive. When censors threated to wipe out knowledge from past civilisations, this civilisation kept the knowledge alive, and pass it on to others.

The civilisation I'm talking about was the Islamic World, from the year 800 to 1600 which included Ottoman Empire, and the court of Baghdad, Damascus and Cairo, and elightened rulers like Sulaiman the Magnificent"


Maksudnya:

"Tamadun ini digerakkan menerusi penciptaan melebihi daripada yang lain. Arkiteknya mereka bangunan menentang graviti. Ahli matematiknya mengasaskan algebra dan logaritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktornya menyelidiki tubuh manusia lalu menemui ubat baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit dan menamakan bintang-bintang, membuka kearah perjalanan dan pengembaraan. Sementara bangsa lain takutkan idea, tamadun ini terus ke hadapan memajukannya. Apabila halangan mengancam ilmu daripada tamadun silam, tamadun ini menghidupkan ilmu dan mengembangkannya kepada tamadun lain.

Tamadun yang saya maksudkan ialah tamadun Islam dari tahun 800 hingga 1600 yang merangkumi kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Baghdad, Damsyik dan Kaherah serta pemimpin yang cemerlang seperti Sulaiman yang Agung"

Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.

Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucaptama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya...

Inilah BARAT. Masih angkuh, sombong dan tetap mahu mengubah SEJARAH... - END

Komen Artis-Artis Hollywood Tentang Perang Gaza

Kempen ganas Israel terhadap Jalur Gaza telah membuka mata semua masyarakat di dunia. Tidak terkecuali artis-artis Hollywood. Ada yang mengutuk namun juga ada yang mendukung. Namun kebanyakan dari mereka menyumpah Israel. Bukan sedikit dari mereka yang turut langsung memberikan bantuan dan melakukan aksi. Pemuzik Michael Heart mencipta lagu We Will Not Go Down - Song For Gaza, di mana seluruh hasil penjualannya diserahkan kepada rakyat Palestin. Berikut ini komentar artis-artis Hollywood atas kezaliman yang terjadi di Gaza.

“Orang Arab adalah sumber keganasan di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa meninggalkan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.”
TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)

  • KOMEN - Orang gila ini beragama Scientology. Semoga negara-negara Islam memboikot filem-filemnya.

“Keduanya, baik Palestin ataupun Israel, salah. Mereka mesti menghentikan perang ini.”
WILL SMITH - (Ali, Men In Black)
  • KOMEN - Boleh tahan walaupun masih tak betul anggapannya. Maklumlah... cari makan.
“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.”
GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)
  • *KOMEN - Hidup Batman!
“Bangsa Arab dan orang Islam bukan pengganas. Dunia harus bersatu melawan Israel.”
ANGELINA JOLIE - (Lara Croft - Tomb Raiders, Mr. & Mrs. Smith)
  • KOMEN - Tak sia-sia Allah anugerahkan bibir tercantik kepadamu kerana sekurang-kurangnya engkau melafazkan kata-kata yang indah ini.
“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka mesti ditumpaskan habis.”
RICHARD GERE - (Pretty Woman)
  • KOMEN - Kalau engkau mati ditembak oleh pengganas satu hari nanti, faham-faham sajalah.
“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita berada di posisi yang lemah?”
SEAN CONNERY - (James Bond)

“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya dapat melawan mereka.”
MEL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)
  • KOMEN - Sikapmu yang menentang kezaliman AS dan Britain sangat dihargai. Semoga Islam menjadi sahabatmu.
“Cuba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka anda akan tahu, siapa yang sebenarnya 'PENGGANAS'.”
AL PACINO - (The Godfather, Ronin)
  • KOMEN - Bagus, engkau nampaknya seorang yang berpelajaran tinggi.
“Kemanusiaan akan dapat ditegakkan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.”
DUSTIN HOFFMAN - (Tootsie)
  • KOMEN - Beginilah cakap orang tak ada pelajaran dan kesedaran.
“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.”
RALPH FIENNES (Shakespeare In Love, Enemy At The Gates)

“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.”
KEANU REEVES - (Speed, Matrix)
  • KOMEN - Ada betulnya juga kata-katamu ini jika yang ditujukan itu ialah kepada pemimpin-pemimpin Arab hari ini.
“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…”
HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)
  • KOMEN - Ya, bangsamu memang dipilih untuk menjadi bahan bakar api neraka jahanam.
- END.

Category: , ,   5 Comments
Rekod Hamas Sepanjang Perang Gaza

Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 2009 telah diadakan sidang media oleh Briged Izz ad-Dine el-Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini di antara butir-butir dalam sidang media tersebut:
  • (96) - TENTERA ISRAEL YANG TERBUNUH (+-)
  • (49) - DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.
  • (48) - SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED IZZ AD-DINE EL-QASSAM.
  • MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA JURUTERBANG ISRAEL.
  • MENEMBAK (4) HELIKOPTER ISRAEL.
  • MEMUSNAHKAN (47) KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA ISRAEL.
  • MELANCARKAN (980) ROKET DAN MISIL KE ARAH BANDAR-BANDAR ISRAEL.
  • TIDAK ADA SEORANG PUN DI KALANGAN PEJUANG PALESTIN YANG DITANGKAP.
  • MELETUPKAN (79) BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
  • MENEMBAK HENDAP (53) ORANG TENTERA ISRAEL.
  • MELANCARKAN (12) SERANGAN HENDAP.
  • (19) KALI BERTEMPUR SECARA BERDEPAN.
  • MENAWAN TENTERA-TENTERA ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH SELAMAT DI BOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL. (FRIENDLY KILLING)
  • BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.
  • MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengisytiharkan genjatan senjata sebelah pihak - unilateral) DAN MEMBERI MASA SATU MINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZA.
Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata (23) masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel atas alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:

"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.”
  • Ulasan: Pasukan Briged ad-Dine el-Qassam dan briged-briged yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Parti Pembangkang Israel) yang mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap Hamas. Kemenangan ini disifatkan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh sebagai Kemenangan Ketuhanan (Intisor Rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.
Kekuatan ketenteraan pejuang Hamas tidak terjejas melainkan sedikit sahaja. Tidak ada seorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. (1300) orang Palestin (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam di mana (410) dari jumlah tersebut di kalangan kanak-kanak dan (104) di kalangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka sangat berkesan dengan peperangan selama (22) hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa Briged ad-Dine el-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan lebih kurang (5000) roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel.

Sabda Nabi S.A.W :
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس
Maksudnya : “Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya hari kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hadis Riwayat : Abdullah Bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)
Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat-hangat tahi unta sahaja. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya. Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yang berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanyalah buih-buih yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.
  • Rujukan : Siaran TV Al-Jazeera, laman web Al-Jazeera, buku Al-Quds Qadiyyah Kullu Muslim oleh Qardawi. - END