BRITISHBritish telah menjajah Tanah Melayu ratusan tahun.
Segala kekayaan negara telah dipunggah.
Rakyat dipaksa menerima peraturan dan undang-undang imperialisme mereka.
Rakyat yang menentang dianggap penderhaka lantas ditangkap, dipenjara, dibuang negeri dan dibunuh.
Tok Janggut mati dibunuh. Mayatnya digantung terbalik dan dikelar.
Tok Guru Abdul Rahman Limbong dibuang negeri, kononnya ke Mekah untuk mengelak tindak balas yang lebih dahsyat.
Ramai lagi, antaranya Tok Gajah, Datok Bahaman, Mat Kilau, Abdullah Jurukaka dan lain-lain.
Burhanuddin Al-Helmy turut ke penjara.
Ahmad Boestamam, Pak Sako turut dipenjarakan.
Tapi undang-undang British (Lord Reid) digunakan sebagai asas Perlembagaan Negara.
British diagung dan diampu walaupun British tidak pernah membayar satu sen pun kepada rakyat Tanah Melayu (Malaysia) atas penderitaan akibat penjajahan mereka.
Bahkan kita berbangga dengan hubungan diplomatik yang kukuh dengan mereka.

Jenazah Tok Janggut
JEPUNJepun menjajah Tanah Melayu hanya beberapa tahun.
Namun kesengsaraan yang dideritai oleh rakyat tidak terbayang oleh akal.
Berapa ramai yang dipancung kepala.
Berapa ramai yang kebuluran.
Berapa ramai yang terpaksa menyambung nyawa dengan ubi kayu dan ubi gadung.
Tidak terkira berapa ramai yang mati akibat paksaan membina landasan keretapi maut.
Sehingga ini satu sen pun Jepun tidak bayar kepada rakyat Tanah Melayu (Malaysia) atas penderitaan tersebut.
Namun Jepun diagung-agungkan.
Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan.
Kita berbangga dengan hubungan dagang dan diplomatik dengan mereka.
PKM - Rejimen Ke-10PKM khususnya Rejimen Ke-10 yang dianggotai sepenuhnya oleh orang Melayu berhempas pulas berjuang melawan penjajah British dan Jepun.
Kadang-kadang terpaksa membunuh bangsa dan saudara sendiri yang berkhidmat sebagai askar dan polis penjajah.
Sejarah perjuangan mereka dihilangkan daripada silibus Sejarah di bangku sekolah.
Mereka dimomokkan sebagai pengganas.
Sehingga hari ini persepsi ini tidak berubah.
* Hari ini di sekolah, Sejarah diajarkan begini : "Umno-lah yang...itu", "Umno-lah yang...ini", "Umno-lah yang...Umno-lah yang...Umno-lah yang..." sampai hari kiamat.
UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM...Begitulah ragam dunia...
Beruntunglah engkau wahai British...
Bertuahlah engkau wahai si pendek Nippon...
Malanglah engkau wahai pejuang Rejimen Ke-10...
...kerana
PEMENANG YANG MENULIS SEJARAH!(
puteragunungtebu)